Saturday, November 26, 2011

To which who never feel guilty =,~

Saya tak da hak nak beri pengampunan.....seharusnya awk mintaklah dgn Allah ..


Baiklah saya maafkan awk...walaupun awk langsung xbersalah kat saya...cinta dan hati saya,,,hanya utk owg yg benar ikhlas mengenali saya,bukan utk dipersendakan...




SYURGA CINTA :) 





Cinta Maal Hijrah...:D


CINTA MAAL HIJRAH....
Buka buku baru.....
New life ....New breath....New love.......New determination......

Sesungguhnya ,,,saya dah cuba mempertahankan ap yg sudah dijanjikan....tetapi,,,saya dah redha..akan ketentuan Qada' dan Qadar.....Mu...Ya Allah~

Apa yg berlaku sebelum,,telah saya bingkaikan,,,menjadi teladan dan  pengajaran.....
Seribu sesalan,,,,telah ku,,hamparkan,,,di atas sejadah ku...
Keampunan dan peluang dari Mu,,,,sgt daku harapkan selama-lamanya.....utk membuka lembaran hidup aqu kali ini...........Amin......

My friends,,,byk bantu nasihat saya,,,Life Must Go On...Tuhan masih Uji kamu,,kerna dia syg kamu....Terima kasih,,..syukur xterhingga..... :)





Thursday, November 24, 2011

Kata-kata Bermakna....:) selamat beramal..




 SELERA LELAKI  MEMILIH




BAKAL ISTERI




Mak saya cakap kalu lelaki tu,betul-betul nak dekat awk,,kenapa dia cari lain.....ini saya mula fikir.saya rasa dia nak mainkan saya...nafsu memang kejam.....

Bermakna dia hanya mahukan puaskan nafsu sahaja?? Ya Allah...hindari lah hambamu ini...dari khianatan dan hasutan syaitan...
Saya tak minta semua tu,,dari lelaki ,yang saya mahu,,perhargaan dan keikhlasan....


BISMILLAH~~



''Lelaki ni walau sejahat mana sekalipun, tapi bila nak cari isteri dan seterusnya jadi ibu untuk anak-anaknya, dia tetap nak pilih perempuan yang baik-baik. Tak ada dia nak pilih perempuan tak senonoh buat isteri.
Tapi untuk berseronok dan berfoya-foya, dia biasanya akan pilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan.
Itulah rahmat lelaki. Justeru itu jadilah anak gadis yang baik,sopan dan beragama kerana wanita yang beriman adalah untuk lelaki yang beriman juga. Ingat, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik...begitulah sebaliknya.'' ~Di petik daripada novel Anis Ayuni,seribu kali sayang~

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
"Dan orang-orang yang apabila berbuat kejahatan atau menganiaya dirinya,(kemudian) mereka ingat akan Allah,lalu mereka meminta ampun atas dosanya.Dan tiadalah yang mengampunkan kecuali Allah.Mereka tiada berkekalan di atas dosanya itu sedang mereka mengetahui."
( Ali Imran : 135 ) 


"Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertaubat dan mengasihi orang yang mensucikan dirinya." ( Al BaQarah : 222 )


>>>>>>>>>>>>>sapa la cakap benda niy merapu sungguh... hadis mana tu...sapa blh bagi tahu...???
“ad hadis ckp,owng yg xsuci ,xley kawen ngan y masih suci..kalo kawen gak..rumah tangga xaman..stakat mano btol hadis nie?bleyh abe tlg carikan?”


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Perkahwinan antara wanita atau lelaki baik dengan pasangan baik dikira sebagai sesuatu yang wajar dan amat bertepatan dengan keadaan kerana seseorang yang baik sudah sepatutnya berpasangan dengan yang baik juga.Jika diQiaskan kepada rupa,ia boleh diibaratkan sebagai "pertemuan bagai pinang yang dibelah dua.
" Di dalam al-Quran,Surah an-Nur; ayat 26; Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: 
"Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat,laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula,perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik,laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan,untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia."




Saturday, November 19, 2011

Please la,,,kamu dh lukakan hati saya...

ingat saya bodoh kew......symbol nset,,,tuuu ...awk bukak email guna nset...
>kata dh lm xbukak laptop....mls la nk cari gadoh..utk ap awk bohong saya....saya harap awk sedar......



>>>ingat saya bodoh kew......symbol nset,,,tuuu ...awk bukak email guna nset...
>kata dh lm xbukak laptop....mls la nk cari gadoh..utk ap awk bohong saya....saya harap awk sedar.......
                                                                                                                                                             
rs mls plak nk kenal awk lagi....kecewa...terkilann

Thursday, November 17, 2011

Im just a human

klu diizinkan utk pergi,,aku pergi...Tuhan,,aku mohon,,beriku kekuatan,,,
>Sekiranya,,pahala dan amalan ku didunia,,sudah mencukupi menuju ke syurga Mu,,dan Engkau sudah terima taubat ku,,,serta kemaafanMu,,,IZINKAN KU PERGI....




Friday, November 11, 2011

oOOOOhhhhh.... :(

ohhh...kenapaaa....dlu lepas SPM aku xmasuk MatRIK Pulau Pinang.,...best tu,,,,,,,2 tahun dapat...

 nyesal giler x pegi ....mesti ad hikmahh...suma ni...:( sedih~ 

Sunday, November 6, 2011

=,='' BERTUDUNG UTK MENUTUP AURAT..BAHAGIAN YG MENONJOL(SEKSI)

TAHNIAH KERANA BERTUDUNG, TETAPI ... SEKSI..??=,=

TAHNIAH KERANA BERTUDUNG, TETAPI ...
(diambil daripada blog-blog bebas)





Trend..pakai tudung tapi leher ditayangkan...dada yang luas ditayangkan...yang ditutup hanya rambut...lepas itu gaya bertudung pelbagai..fulamak cantik kelihatan tetapi...sesuaikah dengan diri kita sebagai individu islam ?.. Lain lagi yang sekejap pakai tudung sekejap buka tudung..ni apa kes ? Aku taip berdasarkan apa yang aku lihat disekeliling aku...sekeliling kamu bagaimana ? Aku memang suka tengok awek cantik..comel..tapi bila bab nampak awek bertudung tapi nampak leher..dada luas terbuka..aku cuma kata dalam hati.." Eii..bagus buka tudung la kalau gitu...buat malu aje"... Tapi mereka-mereka ni kisah apa dengan kata hati aku ? ikut kata hati dorang dan trend terkini aje...peduli apa kata orang..mereka punya keluhan ni..Ya aku pernah dengar keluhan ni...dari awek yang aku kenal bertudung..lepas itu sekarang ikut sedap dia nak pakai tudung atau tidak. Jika selera dia mahu pakai tudung dia pakai la..ala kadar...lepas tu bila mahu pakai topi...maka topi la jadi penutup kepalanya...ikut sukahati aje..mak bapa dia pun tidak bising jadi buat apa aku bising ?... Pssssssstttttt..aku kurang pasti apa tujuan orang pakai tudung sekarang...untuk tutp aurat atau untuk
ikut trend dan nak nampak cantik aje ?...





 gambar-gambar wanita, perempuan, gadis melayu, bertudung seksi, bogel
Gadis Melayu kini ramai yang bertudung berbanding dengan dulu. Satu perkembangan yang bagus demi menjaga siasah rupa diri supaya lebih mencerminkan peribadi seorang Islam. Dulu ke sekolah pun kita memakai uniform yang “diwarisi” dari penjajah British. Maka yang lelaki berseluar pendek dan yang perempuan pula dengan gaun pendek. Mulai 1990-an uniform sekolah telah bertukar kepada seluar panjang bagi lelaki dan baju kurung dan bertudung untuk perempuan. Kemas dan sopan.



Tetapi pakaian bertudung mula bertukar menjadi fesyen selari dengan peredaran masa dan dunia yang semakin moden. Yang sedihnya ramai gadis Melayu “dijajah” semula oleh Barat dengan fesyen bertudung tetapi moden ini. Aku selalu perhatikan pemandangan yang tidak begitu indah ini sehingga aku bertanya pada diri sendiri, “kenapa ?”

1. Baju dan kain / seluarnya ketat, sendat dan terlalu seksa seksi
Baju kurung dan kebaya yang dipakai sangat jarang dan ketat sehingga menampakkan bentuk badan. Begitu juga seluar, blouse dan T-shirt. Ramai yang dengan bangganya mendedahkan lurah dendam depan dan belakang. Bagi gadis remaja biasanya memakai jeans low cut sehingga menampakkan lurah semasa berjalan atau lebih tak sanggup untuk dilihat apabila membonceng motorsikal. Ditambah pula dengan kulit yang tak berapa licin dan berparut !

2. Tudung yang tidak dipakai dengan anak tudung sehingga nampak bayang rambut
Ini satu lagi fesyen yang aku tak faham. Bertudung tetapi rambut terkeluar di sana sini, bayang rambut yang diikat tocang jelas kelihatan. Ada juga yang ekor rambutnya terkeluar di bahagian belakang tudung.

3. Pertuturan yang lancang, ketawa mengilai
Adalah sesuatu yang memalukan apabila melihat gadis Melayu bertudung yang tidak menjaga tutur bicara. Jenaka lucah dan perkataan kesat jadi mainan dibibir, ketawanya mengilai bak pontianak.

4. Bertepuk bertampar dengan lelaki
Persahabatan antara lelaki dan perempuan tidak dilarang agama tetapi mestilah mengikut batas yang telah ditetapkan. Kalau sudah bertepuk bertampar dan bergurau senda seperti kawan sejenis, apa yang hendak dikata?

5. Bercumbu dan memadu kasih dikhalayak ramai
Ini antara sifat yang paling memalukan dan menjatuhkan maruah kita sebagai seorang Islam. Memang dalam perkara ini kaum lelaki juga bersalah kerana menjadi pasangan dalam aksi berahi bermadu kasih tanpa segan silu. Jika dibuat carian 'gadis bertudung' di Internet, hasilnya sudah pasti aksi-aksi kurang sopan dan seks yang dirakam secara rela atau tersembunyi.

Mungkin ada yang kurang bersetuju dengan pendapat di atas. Tujuan aku bukanlah untuk mencari kekurangan gadis Melayu kerana aku sendiri punyai anak perempuan. Cuma rasa agak sedih dengan ciri-ciri gadis Melayu yang banyak lari dari adab susila Timur dan ajaran Islam. Cara berpakaian ini juga antara penyebab berlakunya jenayah seksual seperti cabul, rogol dan gangguan seksual. Wahai muslimah, janganlah digadai maruah demi kemodenan dan fesyen kerana yang rugi hanyalah diri sendiri.
 

MusicPlaylistView Profile
Create a MySpace Music Playlist at MixPod.com

Undang2 adalah Hukum yg telah ditetapkan...Ada hikmah knp tuhan menciptakannya....Renung n Fikirlah...

>>Nabi Yusuf a.s berjaya mengawal diri dari terjerumus dalam cinta yang membawa jenayah zina. Islam menggariskan beberapa panduan dalam menjaga tatasusila masyarakat terutama hubungan antara lelaki dan perempuan, antaranya:


(1) tidak dibenarkan pergaulan bebas.
(2) tidak duduk berdua-duaan tanpa mahram.
(3) menjaga adab pertuturan dan berpakaian.
(4) menjaga pandangan mata.
(5) ikhlas untuk mengambil sebagai isteri.
Dalam keadaan ini berpasangan dan percintaan dibenarkan.


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


Kesimpulan: Secara umumnya perasaan kasih dan sayang termasuk dalam prinsip dan nilai yang terbaik yang diterima Islam. Kehidupan di dunia menjadi aman dan bahagia apabila makhluk yang ada saling kasih mengasihi antara satu sama lain. Allah Taala sendiri bersifat Rahman (Pemurah) dan Rahim (Pengasih). Islam membahagikan perasaan kasih sayang manusia kepada beberapa peringkat termasuk kepada keluarga, ibu bapa, anak-anak, jiran, bangsa, negara dan Agama. Termasuk dalam kategori cinta juga ialah cinta kepada Allah dan Rasul. Cinta pada Allah ialah cinta hamba kepada Penciptanya dan cinta kepada Rasul ialah pembimbing manusia sejagat kepada Allah dan agama-Nya.

CoUpLE HARAM ke??

CoUpLE HARAM ke??


BICARA UMMAH: ISU COUPLE.
Cinta yang hakiki itu hanya cinta pada YANG MAHA SEMPURNA.Wo ai ni Allah.
“Dan janganlah kamu mendekati zina. sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk”.
(Surah Al-Israa’17: ayat: 32).
5  SEBAB  MENGAPA  COUPLE  ITU  HARAM
1.Tidak mempunyai niat yang baik.
-Yakni tidak berniat untuk berkahwin tetapi sekadar hiburan semata-mata.
2.Kegagalan mematuhi syariat agama.
-Dalam couple, wujud perkara yang tidak sepatutnya seperti berdating dan bershopping.
-Kebiasaannya wujud panggilan yang tidak sepatutnya seperti “darling” dan “sayang”.
3.Menjatuhkan maruah peribadi seorang wanita.
-Dalam perhubungan, masyarakat biasanya, tidak akan berbicara mengenai si lelaki yang bercouple itu, tetapi si perempuan.
-Kesan buruk mungkin terlihat apabila perpisahan berlaku.Pendapat negatif akan dilemparkan masyarakat antaranya mungkin si perempuan telah hamil.
4.Membazirkan wang kepada perkara yang tidak wajar.
-Di dalam budaya bercouple, pasangan lelaki biasanya akan menghabiskan wang.Contohnya apabila diajak lunch,dinner dan shopping, pantas saja si lelaki mengeluarkan dompet.
-Terdapat juga keadaan di mana lelaki terpaksa berbelanja wanita.
-Apabila top-up dikira sekali, pembaziran itu amatlah banyak.
“Sesunggunya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya”
Al-Israa ayat 27
5.Membuang masa kepada perkara yang tidak sewajarnya.
-Masa yang terhad telah digunakan untuk perkara-perkara yang ditegah Allah.Berdating dan marathon bergayut di telefon dan pelbagai rutin bercouple lain adalah ditegah oleh Islam.
-Perlu diingat bahawa Islam bukan mengharamkan secara total perkara yang dinyatakan di atas.  Islam tidak menghalang perbuatan tersebut,  tetapi meletakkan beberapa prasyarat yang perlu  dipenuhi.  Sekiranya kita gagal mengikut syarat-syarat tersebut,  maka status perbuatan tersebut menjadi HARAM serta menjauhkan diri pelaku daripada kasih sayang dan cinta Allah.
Firman Tuhan dalam surah Al-‘Ashr,
“Demi masa.Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian.Melainkan yang beriman dan beramal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran”.
PANDUAN DARI AL-FURQAN &  AS-SUNNAH
Terdapat sekurang-kurangnya tujuh panduan/larangan dari Quran dan Sunnah mengenai perhubungan lelaki perempuan, iaitu
Tidak mendedahkan aurat (QS Nur 31)
Menundukkan pandangan (QS Nur 30-31)
Berurusan hanya sekadar keperluan (QS Al-Ahzaab 53)
Tidak melunakkan suara bagi wanita (QS Al-Ahzaab 32)
Tidak bertabarruj/bersolek untuk menarik perhatian

“Katakanlah kepada wanita beriman: Hendaklah mereka menundukkan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa keliahtan padanya, dan hendaklah mereka meletakkan penudung pada dada mereka, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka..”
al-Nur, ayat 31
Tidak boleh berdua-duaan tanpa mahram (Hadis)
“Janganlah seorang lelaki dan seorang wanita berdua-duaan bersama melainkan jika ditemani oleh mahramnya.”
Hadis Riwayat al-Bukhari
Tidak boleh bersentuhan (Hadis)
Ditikam seseorang dari kalian dikepalanya dengan jarum dari besi, itu lebih baik dari pada menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya”.
Hadis Riwayat Thabrani
Cinta itu fitrah manusia. Tapi adalah lebih baik kita mencintai pencipta manusia daripada mencintai hamba-hambaNYA yang hina.Semoga kita semua dilimpahkan hidayah agar Islam dapat ditegakkan.Amin..

kepada KEKASIH DUNIA....





























Islam merupakan agama yang syumul mencangkupi semua masyarakat dan bidang semenjak insan yang pertama Adam a.s sehinggalah Nabi utusan akhir zaman Muhammad S.A.W. Islam merupakan sebuah agama yang cukup lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin mencintai dan dicintai. Untuk apa Allah Taala menciptakan manusia mempunyai fitrah seperti ini jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu?
Bagaimana cara terbaik untuk menyalurkan cinta suci ini selari dengan kehendak Allah Taala dan Rasulullah S.A.W mengikut era semasa?

Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termeterainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu selepas lafaz Ijab dan Qabul. Islam telah menggariskan suatu panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini dengan cara lebih selamat. Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidup, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi bagi menyatakan niatnya untuk masuk meminang. Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan tuan empunya diri dan terus menyatakan niat hati. Kemudian mereka bercinta, berjanji sumpah setia dan berkenalan dalam masa terlalu lama. Sedangkan ibu bapa mereka langsung tidak tahu akan perhubungan mereka ini. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, emak dan ayah tidak bersetuju dengan pilihan hati. Akhirnya mengakibatkan hubungan kekeluargaan menjadi keruh. Terlebih malang tidak mendapat kerestuan ibu bapa, maka jauhlah keberkatan hidup si anak.Oleh itu Restu Keluarga adalah amat penting,,menjamin masa depan rumah tangga yg kukuh!

Oleh itu, selepas menyatakan niat kepada ibu bapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali mereka dan calon menantu mereka dengan lebih jelas.
Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi akan diikat menjadi pasangan tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah haram perempuan itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadith baginda. Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar atau sebaliknya. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan. Namun begitu bertunang bukan merupakan satu tiket yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesraan seperti pasangan suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta. Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga atau mahramnya. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu menjaga batasan-batasan syara'. Jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan boleh diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.













Bolehkah Bercinta Sebelum Kahwin? 
Secara kasarnya ada sesetengah ulama’ menganggap bercinta itu halal (harus) tetapi jumhur ulama’ lain pula menganggap haram. Bagaimanapun dikalangan ulama’ fiqh terdapat beberapa ulama’ yang merupakan ahli pencinta yang hebat seperti Daud az Zahiri yang merupakan Imam Mazhab az Zahiri.
  Terdapat  
beberapa hujah di sebalik bercinta sebelum berkahwin dibolehkan dan diharamkan, namun keputusan 
terakhir adalah berdasarkan pertimbangan akal yang sihat, di mana melihat isu ini mengikut kesesuaian diri masing-masing.

Pandangan pertama: Bercinta merupakan antara fitrah insani penting dalam kehidupan. Tiada siapa yang dapat lari daripada ber-couple dan bercinta walaupun cara dan kaedah mereka nampak Islamik (menjaga hawa nafsu dari maksiat), termasuk mereka yang bercinta selepas berkahwin. Hal ini kerana mereka yang bercinta selepas berkahwin akan melihat bakal isteri sebelum Ijab dan Qabul. Jika bercinta dianggap sebagai mukaddimah pada perkahwinan, maka ber-couple (kaedah Islamik) pula dianggap sebagai mukaddimah pada bercinta. Kedua-dua ini berkait antara satu sama lain, kecuali bagi mereka berkahwin atas pilihan keluarga. Ber-couple yang penulis maksudkan ialah bukan berdua-duaan sehingga timbul fitnah antara lelaki dan perempuan bukan mahram, tetapi hanya sekadar ingin menyatakan luahan hati dan bersedia mengambil pasangan masing-masing sebagai calon suami dan isteri. Jangan salah andaian. Bercinta dianggap berguna jika dapat membawa pada kebaikan kepada kedua-dua pasangan. Sebagai contoh ber-couple dan bercinta yang disusuli dengan perkahwinan dan mendirikan rumahtangga adalah berguna kerana membawa kebaikan. Maka sini terbentuk pula keluarga, dan daripada keluarga ini terbentuk pula masyarakat seterusnya negara.

Pandangan Kedua: Namun dari sudut lain, bercinta dianggap tidak berguna dan tidak membawa kepada kebaikan. Ber-couple dan bercinta seperti ini tidak menjadi mukaddimah pada perkahwinan sebaliknya mukaddimah pada melahirkan anak luar nikah atau mencampakkan anak yang tidak berdosa ke dalam tong sampah dan longkang. Bercinta seperti ini dilarang dan diharamkan dalam Islam. Selain itu perlu diingatkan juga bahawa tindakan seseorang itu ber-couple dan bercinta itu biasanya bertitik tolak daripada perasaan dan emosi, maka dengan itu mudah sekali terjerumus dalam perkara-perkara yang tidak baik. Oleh itu sesiapa sahaja yang berhadapan dengan ajakan perasaan dan emosi untuk ber-couple dan bercinta perlu berusaha sedaya upaya mengunakan kewarasan akal. Malah sebagai seorang muslim kita juga perlu mengelak daripada konteks fizikal atau luaran yang boleh mencetuskan keghairahan seks yang seterusnya menyebabkan berlaku perlanggaran hukum Allah Taala iaitu perzinaan.

Dalam hal ini adalah amat perlu setiap individu muslim berpegang kepada tanggugjawab menjaga dan memelihara aurat kerana persoalan keghairahan seks mempunyai hubungkait yang amat besar untuk berlakunya perzinaan. Jawapannya ada dalam diri anda dengan menggunakan pertimbangan akal yang sihat, kaji selidik dan pertimbangan Iman yang mana bertepatan dengan ajaran Islam. Manusia yang diamanahkan Allah Taala sebagai khalifah di muka bumi ini perlu meneruskan survivaldan kemandiriannya sehingga ke hari kiamat. Kemungkinan jika manusia tidak bercinta (tidak semua), kita akan pupus di dunia dan sudah tentu menyalahi amanah Allah Taala itu. Tetapi jika bercinta itu membawa ke arah kebinasaan, maka menjauhinya adalah sebaik-baik tindakan. Kebiasaan mengundang kebinasaan.

Hukum Menyanyi Lagu-lagu Kasih

Terdapat beberapa riwayat menceritakan Nabi Muhammad S.A.W membenarkan hamba menyanyikan lagu berbentuk kasih (jiwa) dipanggil ghazl. Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Rasulullah S.A.W menyuruh Aesyah menghantar seorang hamba yang pandai menyanyi lagu ghazl kepada pengantin kaum Ansar yang menjadi kerabat Aesyah. Ini kerana menurut Nabi, kaum Ansar ada keramaian termasuk mendendangkan lagu-lagu ghazl. Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya kaum Ansar adalah kaum yang ada pada mereka ghazl” (Hadith riwayat Ibnu Majah)
Ghazl bermaksud mengurat tetapi ghazl dalam beberapa hadith Nabi bermaksud mendendangkan lagu-lagu cinta yang sunyi daripada kata-kata baik dan sebagainya. Dalam hadith lain, diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim, Rasulullah S.A.W menginggatkan supaya seorang penyanyi keluarga baginda bernama Anjasyah supaya jangan terlalu melampau mendendangkan lagu-lagu yang mengandungi unsur-unsur tentang cinta.